Semalam (album)
Semalam (album)

Semalam (album)

Semalam merupakan album sulung hasil nukilan Sean Ghazi yang dikeluarkan pada tahun 2006. Album ini pernah mendapat tiga pencalonan dalam Anugerah Industri Muzik ke-14. Lagu "Semalam" telah memenangi kategori "Susunan Lagu Terbaik" menerusi penglibatan Vivian Chua. Lagu "Ku Impikan Bintang" merupakan versi nyanyian semula lagu "Let's Never Stop Falling In Love" oleh China Forbes. Pada tahun 2007, album ini dikeluarkan semula dengan penambahan dua lagu iaitu "Tanah Pusaka" dan "Kwek Mambo-Bunyi Gitar".[4]